Friday, June 3, 2011

CUTI-CUTI KE CAMERON HIGHLANDS


Seronoknya tahun ni, ayah dengan mama bawak saya dan adik-adik bercuti ke Cameron Highlands. Kami tinggal di rumah apartment sewa terletak di Greenhill berdekatan dengan Heritage Hotel, Tanah Rata, Cameron Highlands.


Mama kata kat Cameron sejuk, malam memang sejuk. Air yang keluar dari paip pun memang sejuk. Tidur malam pun pakai stokin. Rumah yang kami duduk, takde kipas dan aircond, tapi sudah rasa sejuk.

Malam baru sampai tu, ingatkan nak pergi ke pasar malam Brinchang tapi hujan turun dengan lebatnya. Kami cuma makan malam di pekan tanah rata je. Membeli belah sikit kat kedai dekat-dekat situ, lepas tu balik semula ke apartment. Saya tidur dengan sepupu saya, Husna dan nenek. Apartment tu ada 3 bilik dan 2 bilik air. Yang best sekali mandi dalam tab mandi tu reramai, dengan husna dan ayu. Rasa macam mandi dalam kolam je. Rasa macam taknak keluar je.

Paginya kami sarapan di warung berdekatan. Saya sarapan nasi kerabu. Husna dan nenek pun sama juga. Selepas itu, kami melawat Taman Agro Pertanian Mardi. Hampir semua tanaman wajib yang ada di Cameron ada terdapat di situ, ladang teh, kebun bunga, kebun buah, kebun sayur dan kedai jualan hasil produk tempatan. Banyak gambar2 bunga yang cantik-cantik saya tangkap. Seronok rasanya.

Lepas tu kami singgah sebentar di Taman Agro Kampung Taman Sedia. Di sini pun penuh dengan pokok strawberry. Tapi harga strawberry kat sini mahal sikit, kami tak petik strawberry pun. Mama kata nak pegi Big Red Strawberry pulak. Tapi terlajak pegi terus ke pekan Brinchang... singgah kat tempat shopping tepi-tepi jalan. Kat situ mama beli strawberry, jagung mutiara dan bantal2 strawberry untuk kitorang.

Lepas shopping di Brinchang,kami shopping pulak di Kea Farm. Kat sini pun macam pasar tepi2 jalan jugak. Macam-macam ada. Ayah parking kereta jauh sangat, kat bawah hotel. terpaksa berjalan jauh sikit, sebab ada polis dekat tepi jalan. Kat sini mama borong teh dan sayur pulak. Ayu menangis-nangis di sini nakkan twistis paling besar kat sini. Penat jalan kat sini. Lepas shopping kat sini terus balik. Singkat je percutian kali ini , tak seperti percutian ke Melaka 2 tahun lepas.

1 comment: